SAKA WARISAN

✏️.Malam di kampung sungai hitam sunyi dan suram.angin malam berbisik di celah pokok tua,membawa bau hapak dan tanah lembap.di hujung kampung,berdiri sebuah rumah kayu usang milik arwah tok deris-seorang bomoh hebat yang meninggal dunia dalam keadaan misteri.sejak kematianya,rumah itu dibiarkan kosong,tetapi ada bisikan mengatakan saka warisan tok deris masih menanti tuan baharu. Maya,seorang gadis bandar,terpaksa pulang ke kampung selepas kematian neneknya.dia mewarisi rumah pusaka itu meskipun hatinya tidak senang.orang kampung berpesan agar tidak tidur di bilik belakang kerana di situlah tok deris menyimpan saka peliharaannya.tapi maya tidak percaya pada perkara tahyul. Malam pertama di rumah itu,maya terjaga tepat jam tiga pagi.udara di bilik terasa berat dan dingin.tiba-tiba,terdengar bunyi cakaran perlahan di bawah katil.hatinya berdebar,tetapi dia memberanikan diri menjenguk.kosong. Nanum,sewaktu dia kembali berbaring,terdengar bisikan halus di telinganya. "AKU PENJAGAMU....