SAKA WARISAN

 

✏️.Malam di kampung sungai hitam sunyi dan suram.angin malam berbisik di celah pokok tua,membawa bau hapak dan tanah lembap.di hujung kampung,berdiri sebuah rumah kayu usang milik arwah tok deris-seorang bomoh hebat yang meninggal dunia dalam keadaan misteri.sejak kematianya,rumah itu dibiarkan kosong,tetapi ada bisikan mengatakan saka warisan tok deris masih menanti tuan baharu.

Maya,seorang gadis bandar,terpaksa pulang ke kampung selepas kematian neneknya.dia mewarisi rumah pusaka itu meskipun hatinya tidak senang.orang kampung berpesan agar tidak tidur di bilik belakang kerana di situlah tok deris menyimpan saka peliharaannya.tapi maya tidak percaya pada perkara tahyul.

Malam pertama di rumah itu,maya terjaga tepat jam tiga pagi.udara di bilik terasa berat dan dingin.tiba-tiba,terdengar bunyi cakaran perlahan di bawah katil.hatinya berdebar,tetapi dia memberanikan diri menjenguk.kosong.

Nanum,sewaktu dia kembali berbaring,terdengar bisikan halus di telinganya.

"AKU PENJAGAMU.....JANGAN INGKAR."

Maya memejamkan mata rapat-rapat,menyangka itu cuma khayalan kerana keletihan.tetapi,malam-malam berikutnya semakin aneh.makanan di dapur sering basi walaupun baru dimasak.ayam peliharaan jiran mati dengan leher patah,dan setiap kali maya melintasi cermin di bilik belakang,dia terasa seolah-olah ada sepasang mata merah menatapnya.

pada malam ketujuh,gangguan menjadi lebih buruk.maya terjaga lagi,kali ini terasa seperti ada sesuatu menindih dadanya.dia cuba bergerak,tetapi badanya kaku.dalam kegelapan,kelihatan bayang hitam bongkok berdiri di penjuru bilik.

"KAU MILIKU KINI."

Bayang itu mendekat kulitnya berdekut,matanya merah menyala,dan kukunya panjang mencakar lantai.maya cuba menjerit,tetapi suaranya tersekat di kerongkong.saka itu mengulurkan tanganya kurus kering,menyentuh dahi maya 

Sejak itu,maya berubah.dia menjadi pendiam dan matanya sering kelihatan kosong.orang kampung mula menjauh,takut dengan aura gelap yang mengelilinginya.

Namun,setiap kali bulan mengambang,dari rumah pusaka itu terdengar bisikan halus bisikan yang mengingatkan semua orang bahawa saka tok deris telah mendapat pewaris baharu.

Dan kini,maya bukan lagi dirinya yang dulu.

TAMAT

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MONA FANDEY

KEMAH TERLARANG :KESURUPAN MASSAL