KISAH TRAGIS ZAYN RAYYAN (6 TAHUN) DI MANA KEADILAN BUAT ANAK KECIL INI
🕊️.KISAH TRAGIS ZAYN RAYYAN:PEMERGIAN SI CIKIK 6 TAHUN YANG MENYENTUH HATI MALAYSIA
✒️.Pada suatu petang yang tenang di Damansara damai satu kehilangan kecil telah menggemparkan seluruh negara.ZAYN RAYYAN ABDUL MATIIN seorang kanak-kanak autistik berusia 6 tahun disedari hilang dari pengawasan keluarga.Detik cemas itu bermula pada 5 Disember 2023.hari tang tidak akan dilupakan rakyat malaysia.
Ibu bapanya melaporkan kehilangannya selepas Zayn tidak pulang-pulang ke rumah walaupun sudah dicari di sekitar kawasan perumahan seluruh komuniti Damansara damai berganding bahu penduduk,pasukan penyelamat,malah Netizen di media sosial semua bersatu hati....demi seorang budak kecil yang comel,yang tidak mampu meluahkan kata.
Namun,keesokan harinya 6 Disember.....satu penemuan mengejutkan berlaku.
Mayat Zayn ditemui di dalam parit berhampiran hanya 200 meter dari dari rumahnya.Tiada siapa sangka tempat yang selama ini selamat menjadi lokasi tragedi kejam meragut nyawa si kecil ini.
😭.LUKA YANG MENINGGALKAN SERIBU TANDA TANYA
✒️.Autopsi mendedahkan sesuatu yang sangat memilukan.Zayn bukan hanya mati lemas....tetapi dipercayai dicekik dan dicederakan terlebih dahulu.Bayangkan seorang anak kecil yang tidak tahu apa-apa menjadi mangsa keganasan ini membuatkan seluruh negara tergaman,marah dan berduka.
orang ramai mula bertanya:
•siapa sanggup buat begini pada kanak-kanak tidak berdosa?
•kenapa dan apa motifnya?
👮🏻♂️.SIASATAN DAN TANGKAPAN IBU BAPA
✒️.Beberapa bulan kemudian,tumpuan tertumpu semula ke arah ibu bapanya.pada jun 2024,kedua-duanya ditahan semula bagi membantu siasatan.Ramai yang terkejut.Ada yang tidak percaya.Tetapi undang-undang perlu dijalankan kerana keadilan untuk Zayn tidak boleh dibiarkan tergantung.
Kes ini masih berjalan.Rakyat malaysia masih menanti jawapan.
💔.MENGAPA KES RAYN ZAYYAN MENYENTUH HATI RAMAI?
•Kerana dia hanyalah seorang kanak-kanak istimewa,tidak mampu membela diri.
•Kerana permergiannya penuh misteri tragik dan sangat menyayat hati.
•kerana ia membuka mata tentang keselamatan kanak-kanak dan siapa yang sepatutnya melindungi mereka.
"semoga keadilan untuk Zayn Rayyan ditegakkan.Dan semoga Rohnya tenang di sisi Allah."-Suara hati seluruh rakyat malaysia.
Ulasan
Catat Ulasan