SUAMIKU ENCIK SOTONG

 

✏️.Alia melangkah masuk ke dapur dengan wajah sugul."ENCIK SOTONG,awak dah lipat kain belum?sindirmya sambil menoleh ke arah suaminya Faiz,yang sedang sibuk menonton drama korea di telefon pintar.

Faiz mengangkat muka dengan senyuman penuh selamba."SUDAH SAYANG.siap bau softener bunga rose lagi.nak tengok?"Dia menunjuk ke arah bakul kain yang sudah tersusun rapi di tepi ruang tamu.

Alia mengeluh.Dia masih rak dapat membiasakan diri dengan sikap lembut suaminya itu.bukanya dia tidak bersyukur,tapi.....entahlah.kadang-kadang dia merasa pelik melihat faiz lebih gemar membuat kerja rumah daripada berkumpul dengan kawan-kawan lelaki di kedai mamak.

"Apa yang pelik sangat dengan saya ni,Alia?tak cukup ke kalau saya sayang awak,jaga rumah,masak dan uruskan semuanya untuk kita?"Faiz bertanya lembut satu malam selepas makan malam.

Alia memandangnya."Bukan tak cukup faiz tapi awak ni.....macam tak ada 'lekaki' langsung.saya tak biasa."

Faiz ketawa kecil."Sayang,lelaki bukan diukur dengan berapa kuat dia angkat besi di gym.saya tak perlu jadi 'macho'untuk jadi suami yang baik."

Kata-kata faiz terngiang-ngiang di kepala Alia keesokan harinya.Dia mula sedar bahawa Faiz tidak pernah mengabaikannya walaupun sedikit.Faiz sentiasa ada mendengar masalahnya menyelesaikan kerja rumah tanpa disuruh malas sering memujuknya dengan humor bila dia tertekan.

Pada suatu hari ,Alia pulang ke rumah dalam keadaan letih selepas kerja.dia terkejut melihat meja makan dihias cantik dengan lilin kecil dan makanan kegemarannya.Faiz muncul dari dapur sambil membawa kek kecil.

"Happy anniversary sayang.saya tahu awak tak ingat tapi tak apa saya ingat untuk kita berdua.

"Air mata alia mengalir tanpa sedar dia memeluk faiz erat."saya minta maaf faiz.saya tak patut label awak macam- macam.awak suami yang sempurna untuk saya.

Faiz tersenyum matanya bersinar lembut."tak apa alia saya tahu bukan mudah nak terima sesuatu yang berbeza.Tapi satu je saya nak awak tahu saya takkan pernah berhenti jadi ENCIK SOTONG awak.

Alia tertawa kecil mendengar gelaran itu tapi di hatinya dia bersyukur suaminya ENCIK SOTONG adalah anugerah terindah dalam hidupnya.

TAMAT.

SELAMAT MEMBACA JANGAN LUPA TINGGAL KOMEN.😘😘😘😘😘😘😘😘😘😘😘😘😘

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MONA FANDEY

KEMAH TERLARANG :KESURUPAN MASSAL

SAKA WARISAN