🔻 TRAGEDI SOSILAWATI LAWIYA :PEMBUNUHAN PALING KEJAM ABAD INI.


 kisah benar yang pernah menggocang seluruh negara.seorang jutawan wanita,hilang secara misteri....dan akhirnya ditemui dalam bentuk abu.

~SIAPA SOSILAWATI LAWIYA?

Dato'Sosilawati Lawiya ialah seorang ikon wanita berjaya di malaysia.Beliau ialah pengasas produk kecantikan terkenal,NOUVELLA VISAGES (NV).Dari berniaga kecil-kecilan,beliau bangkit menjadi jutawan dan dihormati ramai kerana semangat dan kecekalan beliau.

Namun,pada 30 Ogos 2010,nama sosilawati bukan lagi dikenali kerana kejayaannya....tetapi kerana satu tragedi ngeri yang tidak disangka-sangka.


~HARI KEJADIAN :KE BANTING,TIDAK PERNAH PULANG.

Pada hari tersebut ,sosilawati bersama tiga orang lagi iaitu:

- Kamaruddin Shamsuddin (pengawai bank)

-Ahmad Kamil Abdul Karim (peguam)

-Noorhisham Mohamad (pemadu)

telah ke banting,selangor untuk urusan jual beli tanah.

Mereka dijadualkan pulang ke kuala lumpur selepas perbincangan,tetapi tidak pernah muncul semula.keluarga mula risau dan laporan polis segera dibuat.

~MISTERI TERBONGKAR :LADANG MAUT DI BANTING

Beberapa hari kemudian,polis mengesan pergerakan terakhir mereka dan mula menyiasat sebuah ladang persendirian di banting.

Di situ,polis menemui:

-Kesan Darah & barang peribadi mangsa

-Abu dan Tulang manusia dibakar

-Laluan tersembunyi yang membawa ke tempat pembakaran

Siasatan mendedahkan bahawa keempat-empat mereka telah dibunuh,dibakar,dan abunya dibuang ke sungai.

~DALANG DISEBALIK TRAGEDI 

Individu utama yang disyaki ialah dua beradik peguam yang memiliki ladang tersebut.mereka:

~menyamar sebagai pelabur tanah

~memperdaya mangsa melalui perjanjian palsu

~merancang pembunuhan untuk menyembunyikan penipuan jutaan ringgit

Lebih mengejutkan,mereka dipercayai terlibat dalam pembunuhan lain sebelum ini  menggunakan kaedah yang sama.

PERBICARAAN DAN HUKUMAN 

Selepas siasatan panjang,kes ini dibicarakan secara terbuka.Mahkamah mendapati keempat-empat suspek bersalah dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada tahun 2015.

Walaupun hukuman telah dijatuhkan,kehilangan sosilawati dan mangsa lain tetap meninggalkan kesan mendalam kepada rakyat Malaysia.

PENGAJARAN DARI TRAGEDI INI 

1.Jangan terlalu percaya pada rupa atau pangkat.peguam dan orang berpendidikan pun jadi pemangsa.

2.keselamatan dalam urusan perniagaan sangat penting .Elakkan pergi ke tempat asing bersendirian.

3.Keadilan mungkin lambat tapi ia tetap akan ditegakkan.

"NAMA YANG TIDAK AKAN DILUPAKAN"

Kisah pembunuhan sosilawati bukan sekadar berita jenayah.Ia adalah simbol kezaliman manusia yang sanggup membunuh demi wang.ia juga adalah kisah keberanian seorang wanita melayu yang berjaya membina empayar sendiri dan meninggalkan legasi walaupun nyawanya diragut secara kejam.

SEMOGA ROH BELIAU DAN MANGSA LAIN DICUCURI RAHMAT AMIN.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MONA FANDEY

KEMAH TERLARANG :KESURUPAN MASSAL

SAKA WARISAN