MISTERI PEMBUNUHAN ALTANTIYA SHAARIBUU:WANITA MONGOLIA YANG MATI DALAM LETUPAN C4
📝.Bayangkan Seorang wanita muda cantik berasal dari mongolia datang ke malaysia dengan harapan.Tapi akhirnya.....tubuhnya hancur dalam letupan bom c4 seperti filem aksi.Inilah kisah ngeri Altantuya shaaribuu satu pembunuhan kejam yang menggocang seluruh negara pada tahun 2006.
SIAPA ALTANTUYA SHAARIBUU?
✒️.Altantuya bukan sekadar pelancong biasa.Dia merupakan bekas model dan penterjamahan dari mongolia.Ramai mendakwa dia terlibat dalam urusan perniagaan senjata antarabangsa dan lebih mengemparkan dikatakan ada hubungan rapat dengan tokoh politik terkenal malaysia.
PERMULAAN TRAGIS
✒️.Altantuya datang ke Malaysia mencari lelaki yang didakwanya kekasih dan juga "majikan" dalam urusan bisnes -Abdul Razak Baginda,seorang penasihat strategik yang rapat dengan tokoh politik tinggi.
Namun,sebaik tiba di kuala lumpur....dia hilang.keluarganya di mongolia 🇲🇳 mula risau.Rakan -rakan buat laporan polis.Apa yang berlaku sebenarnya?
PENEMUAN YANG MENGEJUTKAN
✒️.Beberapa hari kemudian,satu lokasi sunyi di hutan puncak Alam menjadi tumpuan.Dan di situlah polis menemui kesan letupan.Dan di situ jugalah mereka percaya mayat Altantuya dihancurkan menggunakan bahan letupan tentera C4.
Sisa tubuhnya tidak dapat dikenal pasti sepenuhnya.Bayangkan seorang wanita dibunuh lalu diletupakan untuk hapuskan bukti.Siapa yang sanggup lakukan ini?
DUA PEGAWAI POLIS DIDAKWA
✒️.Lebih mengejutkan dua anggota polis dari unit Tindakan khas (UTK) Azilah Hadri dan Sirul AzharUmar ditangkap dan didakwa membunuh Altantuya.Mereka bukan orang biasa.Mereka adakah pengawal peribadi khas kepada pemimpin negara.
Namun....mengapa mereka bunuh ALTANTUYA?siapa arahkan mereka?
PERBICARAAN PENUH KONTROVERSI
✒️.Semasa perbicaraan,pelbagai rahsia dibongkar.Nama-nama besar disebut.Ada dakwaan hubungan sulit,rasuah dalam pembelian kapal selam dan percubaan menutup kes.
Abdul Razak Baginda didakwa bersubahat,tapi akhirnya dibebaskan.Azilah dan Sirul pula dijatuhi hukuman mati.Namun Sirul sempat melarikan diri ke Australia dan hingga kini masih berada di sana.
TEORI & TANDA TANYA
Banyak persoalan masih tergantung:
•kenapa Altantuya dibunuh begitu kejam?
•Siapa sebenarnya dalang di sebalik pembunuhan ini?
•Apa kaitan kes ini dengan urusan kapal selam Scorpene dari perancis?
•Dan....mengapa C4 bahan letupan ketenteraan,boleh digunakan oleh individu tertentu?
KES YANG TAK PERNAH MATI
✒️.Walaupun lebih 15 tahun telah berlalu,kes Altantuya masih menghantui rakyat Malaysia.Nama beliau kembali disebut setiap kali isu integriti,politik dan keadilan timbul.
Altantuya mungkin sudah tiada tapi kisah tragisnya masih hidup sebagai simbol persoalan tang belum terjawab.
🔏.Kisah ini bukan sekadar cerita pembunuhan.ia adalah gambaran bagaimana kuasa,wang dan rahsia boleh menelan nyawa manusia tanpa belas kasihan.
ALtantuya Shaariibuu mungkin telah pergi,tetapi kebenaraan tentang pembunuhannya...masih samar.
Ulasan
Catat Ulasan