"PEMBUNUHAN NURIN JAZLIN:Siapa sebenarnya Pemangsa kejam Itu?"




 

🎙️.PAGI  YANG  MENJADI  MIMPI  NGERI

🕯️.Hari itu seperti biasa.Nurin jazlin,si kecil berusia 8 tahun yang petah dan periang,meminta izin keluar ke pasar malam.Dia hanya mahu membeli jepit rambut.Siapa sangka ,Itulah hari terakhir keluarganya melihat hidup..........

😈.KEHILANGAN YANG MENGEJUTKAN

🕯️.Pada 20 Ogos 2007,Suasana di rumah keluarga jazimin bertukar panik.Nurin tak peluang.Laporan polis dibuat segera.Ratusan poster disebarkan.Usaha mencari digerakkan seluruh kawasan wangsa maju.

Cctv terakhir menunjukkan seorang lelaki menculik Nurin,Menariknya masuk ke dalam sebuah van putih.

Siapakah Lelaki itu?Kenapa Nurin?

😈.PENEMUAN BEG SUKAN MAUT

🕯️.Hampir sebulan kemudian,pada 17 september 2007,sebuah beg sukan misteri ditemui di hadapan sebuah kedai di petaling jaya.Bau busuk.Berat ganjil.Bila beg dibuka semua terdiam.

Mayat seorang kanak-kanak perempuan dalam keadaan mengerikan.telanjang kaku tersumbat terung dan timun di kemaluannya.

Ujian DNA sahkan Itulah Nurin Jazlin.

😈.BUKIT YANG MENGHANTUI

🕯️.Bedah Siasat Mendedahkan:Nurin didera secara seksual dengan kejam.Rektumnya terkoyak,berlaku jangkitan dalaman yang membawa maut.Lebam pada badan menunjukkan penderaan fizikal.Lebih memilukan ini bukan perbuatan spotan .ini dirancang.

si pemangsa tahu apa yang dia lakukan.Tapi siapa dia?dan kenapa Nurin?

😈.SIASATAN,TAPI TIADA TANGKAPAN 

🕯️.Polis menahan beberape suspek.Rakaman Cctv diserahkan ke FBI.Ganjaran RM20,000 diumukan.Tapi....tiada siapa yang didakwa.

Imej dalam Cctv kabur.Bukti fizikal lemah.suspek dibebaskan.keluarga buntu.Rakyat MALAYSIA marah.

📝.MISTERI MASIH HIDUP

Lebih 15 tahun telah berlalu.Tiada keadilan.Tiada penjenayah ditangkap.yang tinggal hanyalah luka pada ibu bapa Nurin dan pada kita semua.

Adakah pembunuhan masih bebas diluar sana?Adakah dia telah lakukan pada mangsa lain pula?

📝.NURIN ,JANGAN PERNAH DILUPAKAN 

🕯️.Kes ini menjadi simbol kezaliman yang paling tragik.Dari tragedi ini lahirlah Talian Nur,untuk melindungi kanak-kanak lain.tapi nurin tetap tiada ganti.

Kita tak boleh lupakan.Kita tak boleh biar kes ini sepi begitu saja.

Kerana NURIN bukan sekadar nama dia suara semua kanak-kanak yang tidak dapat melawan.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MONA FANDEY

KEMAH TERLARANG :KESURUPAN MASSAL

SAKA WARISAN