TRAGEDI 2017 YANG MENGGONCANG MALAYSIA"PEMBUNUHAN 23 PELAJAR TAHFIZ"



 
🕊️.TRAGEDI PUSAT TAHFIZ KERAMAT:23  NYAWA HANGUS DALAM API

✒️.Pada pagi 14 september 2017,Malaysia dikejutkan dengan satu tragedi yang mengerikan.

Sebuah pusat tahfiz di jalan datuk keramat kuala lumpur terbakar dengan pantas,memerangkap pelajar-pelajar lelaki yang masih lena di dalam dorm.Dalam sekelip mata 23 nyawa.21 pelajar dan 2 warden terkorban dalam kebakaran ngeri yang dipercayai dinyalakan dengan sengaja.

😭.JERITAN ,TANGISAN DAN API YANG RAKUS

✒️.Saksi di lokasi menceritakan suara-suara jeritan sayu dari tingkat atas bangunan.Ada yang melaungkan "Allahuakbar"dan"Tolong!".Api marak terlalu cepat dan jeriji besi menghalang pelajar-pelajar keluar.

Berapa orang cuba memanjat tingkap namun tidak berjaya.Api menjadi terlalu panas,asap menyesakkan nafas.Mereka tidak sempat diselamatkan.

🔍PUNCA SEBENAR MENGEJUTKAN NEGARA 

✒️.Pada mulanya,ramai menyangka ini hanyalah kemalangan.Tapi hasil siasatan mengejutkan satu negara.

"TUJUH REMAJA DITAHAN DIPERCAYAI MEMBAKAR PUSAT TAHFIZ INI KERANA DENDAM DAN RASA TIDAK PUAS HARI!".

Mereka dilaporkan masuk ke kawasan pusat tahfiz pada waktu malam dan menuang petrol sebelum membakar tingkat atas dorm tempat pelajar tidur.

Apa yang menyedihkan remaja-remaja ini masih di bawah umur.mereka merosakkan masa depan sendiri dan meragut nyawa rakan sebaya yang tak bersalah.

🕌 LOKASI ILMU BERTUKAR MENJADI TAPAK KEMATIAN 

✒️.Bangunan yang dulunya penuh dengan suara hafazan Al-Quran kini menjadi tempat penuh luka.Arwah-arwah pelajar ini dikatakan sedang dalam perjalanan menjadi tahfiz muda,namun terkoban dalam keadaan yang sangat tragis.

Ramai yang tidak dapat mengecam mayat kerana hangus teruk.Bayangkan perasaan ibu bapa ketika membuka beg plastik jenazah anak mereka hanya tinggal cebisan kain dan tubuh hitam legam.

✨MALAYSIA BERKABUNG

✒️.Seluruh negara berkabung.Doa dan solat jenazah  dibuat serentak di seluruh masjid.perdana menteri,tokoh agama dan rakyat biasa hadir memberikan penghormatan terakhir.

Ramai mula mempersoalkan sistem keselamatan di pusat-pusat tahfiz adakah jeriji perlu dipasang?Siapa yang bertanggungjawab?

💔API YANG PADAM,LUKA YANG KEKAL 

✒️.Tragedi ini bukan sekadar kebakaran.ia adalah pembunuhan hasil dendam remaja yang tidak dikawal dan kecuaian dalam keselamatan di kalangan para syuhada.

Dan buat kita yang masih hidup biarlah ini menjadi pengajaran.Dendam kecil boleh jadi tragedi besar.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MONA FANDEY

KEMAH TERLARANG :KESURUPAN MASSAL

SAKA WARISAN